salam maulidur rasul :)

assalammualaikum ,

allahuma soli a'ala saidina muhammad wa'ala ali sidina muhammad ,

apa khabar semua , seperti yang diketahui umum , esok kita akan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w , atau lebih dikenali sebagai "maulidur rasul" 1433 hijrrah . sudah lama rasulullah pergi meninggal kan kita . tapi pernah tak kita sesekali merinduinya ? pernah ke ketika solat kita menangis teresak mengadu kepada Allah yg kita sgt merindui rasulullah ? saya rasa mungkin 50% sahaja yang berkata "ya" . Allah malantik Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib sebagai rasul ketika baginda berusia 40 tahun , betapa bertuah nya muhammad kerana diangkat martabat nya sebagai "kekasih Allah" , sebagai "penghulu segala Rasul" .

selain daripada itu , Rasulullah juga mempunyai 4 sifat yg mulia iatu SIDDIQ , AMANAH ,TABLIGH dan FATANAH , baginda juga sorang yg mempunyai banyak sifat yg mulia selain daripada empat yg diatas ini . sbg contoh , baginda seorang pemaaf , seorang bapa yang penyayang , suami yg baik , seorang yg penyabar dan banyak lagi . *segala pujian ke atas baginda* . saya sgt sayang kepada rasulullah kerana rasulullah ketika sampai ajalnya dia masih lagi berkata "umati , umati" , . ya allah , sesungguh nya Muhammad adalah seorang yg mulia ya Allah ,, instead of love people that we doesn't know how far it will be , we should love our PROPHET , more than everything ..

pernah suatu ketika , semasa rasulullah wafat , semua sahabat tidak dapat menerima kenyataan yg baginda sudah tiada lagi , dan ketika itu , Bilal bin Rabbah , pergi dari kawasan itu kerana beliau sgt sedih di atas pemergian Rasulullah . setelah itu , salah seorang daripada sahabat pergi mencari Bilal kerana mereka sgt rindukan alunan azan Bilal , setelah berjumpa , mereka memujuk Bilal untuk mengalunkan azan , tetapi ditolak dan Bilal berkat "aku hanya alun kan azan ketika rasulullah ada" , setelah mendengar kata2 itu , hassan dan hussein datang dan mencium tgn Bilal dan menyuruh Bilal mengalunkan azan , lalu bilal mencium dahi mereka dan terus azan , ketika beliau azan seluruh kota Makkah menjadi sunyi , seluruh sahabat menangis termasuk lah Bilal sendiri ,betapa kasih nya mereka kepada Rasulullah , mengapa tidak kita ?? renung2 kan lah , semoga kalian dirahmati Allah :)

"ya Allah , kau ampunkan lah dosaku , kau ampunkanlah dosa seluruh ahli keluarga dan seluruh umat islam sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia , amin"
allahuma soli a'ala saidina muhammad wa'ala ali saidina muhammad :)

No comments:

Post a Comment